Apakah jangkaan kepada kajian PhD

Catatan oleh : Shamshuritawati Sharif

Semua kita yg menjalankan penyelidikan termasuklah kajian untuk PhD, jangkaan dapatan kita sama sahaja.

Biarpun bidang kita saling berbeza.
Namun tujuan kita sama.

Masing-masing mahu membuktikan kajian yang kita laksanakan dapat memberi penambahbaikkan ke atas
formula/
modul/
model/
mesin/
kaedah/
amalan/
polisi sedia ada.

Oleh itu kita pun perkenalkan
formula/
modul/
model/
mesin/
kaedah/
amalan/
polisi yang baru atau yang ditambahbaik

Lalu, untuk membuktikan cadangan kita bagus, maka akan ada alat pengukuran kebagusan ke atas
formula/
modul/
model/
mesin/
kaedah/
amalan/
polisi yang dibangunkan berbanding yang sedia ada

Untuk semua di atas, tidak semua orang faham diri kita. Maka mulalah perkenalkan topik kajian kita satu persatu dengan susur galur tidak gopoh (Pengenalan)

Diikuti dengan kupasan kepada masalah kajian. Kita terus huraikan tentang buruk baik menggunakan kaedah sedia ada. Kita buka pula kepada huraian kebagusan kaedah baru (Problem statement). Biar mereka faham dimana sumbangan kita dalam bidang kajian.

Jangan tulis sambil berfikir bahawa si pembaca itu adalah diri kita. Dia tak mungkin sama jiwa dengan kita. Tulis elok-elok. Insyaallah jadi elok.

Buang sikap di bawah…

“Nih aku dah baca beratus paper, terimalah cadangan aku nih. Ramai dah orang kata elok. Percayalah kat aku”

Hahaha…
Kita selalu harapkan orang faham kita.
Saya cuma takut examiner balas balik..

“Saya pening tau, saya pening nak faham. Reviva!”

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *