Pengujian hipotesis

Catatan oleh : Shamshuritawati Sharif

Analogi pengujian hipotesis adalah

Dalam kes mahkamah, OKT (orang kena tahan) perlu dikenalpasti samada dia adalah individu yang bersalah atau tidak bersalah.

Pelbagai bukti akan dicari bagi membuktikan OKT itu bersalah.

Adakalanya pendakwaraya berjaya membuktikan OKT itu bersalah, adakalanya tidak berjaya untuk membuktikan OKT itu bersalah.

Senario dalam pengujian hipotesis

Apa yang penyelidik lakukan adalah hampir sama dengan tugas pendakwaraya.

Penyelidik cuba untuk menentukan samada HO bersalah (berjaya ditolak) atau tidak bersalah (tidak berjaya ditolak).

Bukti-bukti akan dicari bagi membuktikan HO itu berjaya ditolak. Dalam hal ini, bukti merupakan nilai statistik yang datang daripada maklumat sampel. Sebab itu kita berpenat lelah turun padang mengutip data.

Namun, adakalanya kita berjaya membuktikan HO berjaya ditolak dan adakalanya tidak berjaya menolak HO

Jika mahu keputusannya tersebut menjadi “berjaya ditolak”, sumber bahan bacaan kita mesti kukuh. Bukan asal baca, dan tulis dalam literature review sahaja secara membuta tuli.

Simbol

Simbol HO, sebutannya H not. Nama penuhnya null hypothesis. Nama melayu hipotesis nul

Simbol H1, sebutannya H one. Nama penuhnya alternative hypothesis. Nama melayu hipotesis alternatif

Maksud

HO …hipotesis yang merujuk kepada tiada perbezaan antara ukuran populasi dan ukuran sampel

Lawannya…

H1 …hipotesis yang merujuk kepada ADA perbezaan antara ukuran populasi dan ukuran sampel

Hipotesis adalah satu penyataan yang dicipta oleh penyelidik akibat maklumat yang diperolehi dalam literature review.

Kebiasaanya, ada unsur dan sifat peramalan di dalam penyataanya (prediction).

Contoh hipotesis (claim)

  1. Terdapat perbezaan pengetahuan antara pelajar undergraduate dan postgraduate (ada unsur ramalan)
  2. Terdapat hubungan antara skor pengetahuan dan jumlah masa bersosial
    (ada unsur ramalan)

Penyataan yang ditulis pada hipotesis, adalah ramalan atau dakwaan kita terhadap populasi kajian. Tetapi kita hanya ada data sampel sahaja. Oleh itu, untuk sampel menggambarkan populasi, kaedah pensampelan mestilah tepat.

Dengan kata lain, kenapa yer kita perlukan pengujian hipotesis?

Sebabbbnya….

kita nak buktikan bahawa “sifat populasi pun serupa sahaja dengan keadaan yg dilaporkan oleh sampel”

Pecah kaca pecah gelas
Nak faham apa yang dibaca harap jangan segan masuk kelas.

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *