Catatan oleh : Shamshuritawati Sharif
Mediator (MV) adalah orang tengah yg berada diantara IV dan DV.
Bertindak seperti jambatan. Jika tiada jambatan, lokasi A dan B tidak akan berhubung.
Dalam hal ini, IV mempengaruhi DV secara tidak langsung.
Kewujudan MV yang akan menyambung hubungan IV dan DV.
Tanpa mediator (MV) hubungan IV dan DV seperti sebuah hubungan yang pincang. Yakni tidak kesampaian.
Secara ternikal kita tulis IV—>MV—>DV
Contohnya, “kualiti perkhidmatan kaunter” dikatakan mempengaruhi “kepuasan pelanggan”.
Kemudiannya, “kepuasan pelanggan” pula akan mempengaruhi “kesetiaan pelanggan”.
Ini maknanya,
“Kualiti perkhidmatan kaunter” telah mempengaruhi “kesetiaan pelanggan” dengan secara tidak langsung akibat kewujudan “kepuasan pelanggan”.
Contoh lain?
“Kebolehan untuk membaca” mempengaruhi “minat pelajar untuk membaca”. Kemudiannya “minat pelajar untuk membaca” pula mempengaruhi “jumlah jualan buku di pameran buku”.
Dalam kes ini “minat pelajar untuk membaca” adalah MV
Jika kita buang “minat pelajar untuk membaca”, yg tinggal adalah hubungan antara “kebolehan untuk membaca” dan “jumlah jualan buku”, hubungan keduanya tidak akan terjadi.
Faham kah?
Dengan kata lain, jika tiada MV dalam model yg dikaji hubungan jadi tidak bermakna.
Jika ada MV dalam model kajian, hubungan menjadi sangat bermakna.