Pembolehubah Moderator

Catatan oleh : Shamshuritawati Sharif

Dengan adanya pembolehubah moderator dalam model yang dibangunkan, arah hubungan antara dua pembolehubah, iaitu pembolehubah bersandar (DV) dan pembolehubah tak bersandar (IV) boleh bertukar daripada arah positif menjadi negatif, atau arah negatif menjadi positif.

Mungkin juga tidak bertukar arah hubungan.

Jom kita lihat contoh…

Katakan, IV dalam kajian adalah Kuantiti baja yg digunakan untuk setiap ekar tanah sawah (dalam ukuran liter), manakala DV adalah Hasil tuaian padi untuk setiap ekar (dalam ukuran kg)

Secara logiknya, keduanya pembolehubah tersebut adalah berhubung secara positif.

Katakan, kita ambil kira faktor lain dalam hubungan tadi, iaitu “Kekerapan meletakkan baja (2kali, 3kali) sebulan” sebagai pembolehubah moderator, ada kemungkinan IV dan DV akan berhubungan secara negatif.

Selain itu, pembolehubah moderator juga boleh mengurangkan atau meningkatkan kekuatan dalam hubungan IV dan DV.

Ini bermakna, moderator berperanan sebagai pembolehubah yang memanipulasi kesan hubungan IV ke atas DV.

Atau secara teknikal kita guna istilah “interaction”.

Apakah yg dimanupulasi?

Asal hubungannya positif, kemudian bertukar menjadi negatif.

Asal hubungannya lemah, kemudian bertukar menjadi kuat.

Apa bezanya dengan pembolehubah Mediator?

Mediator?

Jika kita buang mediator daripada model, IV dan DV menjadi tidak berhubungkait.

Moderator?

Jika kita buang mediator, IV dan DV masih mempunyai hubungan.

Oleh itu, kenapa perlu ada moderator?

Moderator boleh memberi maklumat yg lebih jelas kepada hubungan IV dan DV.

Share: