Catatan oleh : Shamshuritawati Sharif
IV vs DV
Bagaimana untuk kenal independent variable (IV) dan dependent variable (DV)?
Orang statistik, melabelkan independent variable dengan simbol (x) dan melabelkan dependent variable dengan simbol (y).
Dalam bahasa melayu, independent variable adalah pembolehubah tak bersandar manakala dependent variable adalah pembolehubah bersandar.
Saya cuba beri kefahaman dengan cara kampung yer…
Nak dapat hasil padi yang lumayan, sudah tentu kita kena letak baja kan? Oleh itu,
IV adalah “kuantiti baja (liter)” dan DV adalah “hasil padi (kg)”.
Dalam hal ini, hasil padi bersandar ke atas kuantiti baja. Sebab itu hasil padi dipanggil pembolehubah bersandar.
Senang cerita…
yang berlaku dahulu, itu IV, dan akibat kepada wujudnya IV, itu dipanggil DV.
Nak dapat CGPA yg bagus, mesti lakukan persediaan belajar kan?
Maka, CGPA adalah DV dan manakala Tempoh masa persediaan belajar itu IV.
Apa lagi contoh ya?
Nak dapat kepuasan dalam perkhidmatan yang diberikan oleh pihak bank, mestilah pernah menggunakan perkhidmatan bank tersebut kan?
Mungkin kualiti perkhidmatan kaunter menjadi penyumbang kepada kepuasan tersebut.
Maka, Kepuasan itu DV dan kualiti perkhidmatan kaunter itu IV.