Statistician adalah bomoh moden

Catatan oleh : Shamshuritawati Sharif

Boleh merumuskan sesuatu perkara berdasarkan data sampel

(sampel ialah sebahagian responden daripada kelompok populasi yang besar)

Boleh meramal sesuatu perkara berdasarkan data siri masa

(Siri masa : Berasaskan masa secara bersiri seperti harga harian minyak sawit selama 10 tahun, data bulanan eksport cili, data tahunan kemasukan ke penjara, etc)

Maka untuk pelajar ijazah sarjana muda,

“Jika mak tanya kenapa belajar statistik?”

Jawab kat mak, “Saya nak jadi tok bomoh moden. Saya mahu lakukan prediction dan generalization. Sebab itu saya perlu belajar statistik”.

Atau…

“Jika orang lain pula bertanya kenapa perlu guna kaedah berstatistik?”

Jawab begini … “Dengan kaedah statistik, saya boleh lakukan prediction dan generalization untuk semua keadaan dan masalah yang tidak pasti (uncertainty).

Apakah maksud uncertainty?

Maksudnya adalah tidak pasti.

Apakah keadaan “tidak pasti” dalam hidup kita? Dan apa pula yang pasti dalam hidup kita?

“Hari ini hari ahad”
Itu pasti!

“Esok akan hujan”.
Itu tidak pasti!

Untuk keadaan tidak pasti, gunakanlah kaedah statistik untuk dapatkan jawapannya.

Dalam bidang statistik ada metod namanya “prediction”. Kita boleh meramal masa hadapan berdasarkan historical data yang ada.

Bagaimana pula dengan “generalization”?

“Adakah pelanggan suka produk A yang kita telah pasarkan?Berdasarkan pemantauan jualan di kedai A, pelanggan sangat sukakannya”.

Bolehkah kita rumuskan bahawa pelanggan dari kedai yang lain juga berpendapat yang sama?

Boleh.

Banyak kaedah statistik yang ada. Yang penting adalah “sampel yang terpilih mestilah mewakili populasi”

Rumusan adalah seperti berikut:

  1. Statistician = bomoh moden
  2. Statistik boleh digunakan untuk prediction dan generalization.
  3. Statistik boleh dikira menggunakan data sampel atau data siri masa.
Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *